Tuesday, 19 September 2017

Isu gaji penjawat awam paling popular dalam cadangan bajet 2018

Tuntutan kenaikan gaji, elaun dan bonus menjadi cadangan paling disukai dalam cadangan Belanjawan 2018 yang dijadual dibentangkan bulan depan.

Kerajaan menerima 7,773 dalam tempoh dua minggu yang berakhir semalam untuk dipertimbang untuk dimasukkan dalam bajet.

Daripada angka itu, sebanyak 531 cadangan dibuat bawah kategori kos hidup.

Dalam senarai popular di lawan web belanjawan, seramai 2,208 pengguna Internet menekan butang 'like' terhadap cadangan menaikkan elaun penjawat awam.

“YAB Datuk Seri, seperti semua sedia maklum bahawa kos sara hidup telah meningkat.

“Jadi untuk menyara kos tersebut sebagai penjawat awam saya sarankan elaun perkhidmatan dinaikkan,” tulis pengguna yang hanya menggunakan nama Ravidasan.

Cadangan kedua paling disukai pula mencadangkan peningkatan gaji 4 peratus menurut kadar inflasi dan penambahan elaun perumahan RM100.

Di tempat ketiga, Haslina berkata kakitangan kerajaan patut diberi bonus setelah tidak menerimanya sejak 2013.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan belanjawan pada 27 Oktober di Dewan Rakyat setelah mengambil kira pandangan awam.


Google+ Followers