Thursday, 24 August 2017

Tindakan akan diambil kepada pihak yang sebar fitnah - Mahdzir

Tags

Putrajaya: Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid hari ini memberi amaran kepada individu yang menyebar fitnah dan cacian terhadap Kementerian dan beliau berkenaan sebuah buku yang tidak memaparkan wajah Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Melalui satu status Facebook beliau yang terkini, beliau telah mengesahkan bahawa buku berkenaan bukan terbitan Kementerian Pendidikan tetapi boleh diperolehi di pasaran terbuka.

Siasatan juga telah dilakukan berhubung perkara tersebut.

Isu tiada paparan wajah Tun Mahathir di dalam satu soalan dalam sebuah buku menjadi viral beberapa minggu sudah.

Ianya menjadi serius apabila pihak tidak bertanggungjawab mula mengaitkan isu politik sambil menuduh pihak kementerian tidak mengambil berat berhubung perkara berkenaan.

Mahdzir turut berkongsi beberapa cetakan skrin daripada beberapa akaun FB yang menyebar perkara berkenaan dan berjanji tindakan akan diambil dengan segera.


Google+ Followers