Saturday, 26 August 2017

Semua terbongkar selepas anak cerita pada guru kaunseling

Tags

LELAKI yang memperkosa anak kandungnya berusia 15 tahun di Saratok, sejak tiga tahun lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin, berkata perintah reman terhadap petani berusia 48 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Saratok, 10 pagi ini.

“Permohonan reman itu membolehkan pasukan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.


“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun selain sebatan," katanya ketika ditemui.

Semalam, portal berita Harian Metro perbuatan jijik suspek itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada guru kaunseling di sekolahnya berhubung kejadian itu.

Mangsa yang belajar di sekolah agama mendedahkan perbuatan itu kepada guru kaunselingnya, pada 17 Ogos lalu, dan mendakwa tujuh kali dirogol bapanya sejak 2014.

Suspek ditahan di rumahnya oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, 11 pagi semalam.

Penahanan dilakukan selepas menerima laporan kejadian itu daripada guru kaunseling mangsa.

Sumber: Harian Metro

Google+ Followers