Thursday, 24 August 2017

PPD akan diperkasakan - Mahdzir

Tags

KUCHING 23 Ogos - Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) akan diperkasakan bagi melancarkan tugas-tugas berkaitan pendidikan dan dasar yang ditetapkan di kawasan masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pemerkasaan tersebut dibuat dengan menurunkan kuasa agar tidak semuanya perlu melalui Putrajaya.

Melalui pemerkasaan ini, sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan lebih cepat.

Selain itu, soal penjawatan juga akan disentuh disamping memastikan semua PPD dapat berfungsi dengan baik dalam memastikan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PPD 2017 di sini hari ini. Seramai 142 PPD seluruh negeri bersidang selama tiga hari membincangkan pelbagai perkara berkaitan dasar pendidikan, amalan terbaik dan pelaksanaan PPPM yang telah memasuki gelombang kedua.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon.

Sumber - UTUSAN ONLINE




Google+ Followers