Monday, 14 August 2017

Guru lelaki dan tali leher, wajib atau tidak?

Foto via glamlelaki.my

“TR, saya cikgu di sekolah menengah. Kalau saya mengajar tak pakai tali leher boleh tak? Sekolah tiada ‘aircond’. Kalau dapat kelas waktu tengah hari, bahangnya… habis lencun kemeja dibuatnya…”

Sebenarnya dalam dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 (KP(BS) 8591/Jld.XVII (7) 7 Jun 2001) ada dinyatakan hal ini.

Guru-guru lelaki boleh memakai seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna gelap dengan baju kemeja. Pemakaian tali leher dalam hal ini hanya digalakkan dan bukan diwajibkan.

Namun begitu, jika ada program rasmi misalnya Lawatan Pegawai atasan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian, pemakaian tali leher akan memberi impak imej lebih positif kepada kita.

Saya percaya mereka yang sebahagian besarnya daripada Generasi Y lebih terbuka soal pemakaian tali leher walaupun bertugas dalam keadaan badan peluh dan berlengas dek cuaca terik. Syabas diucapkan.

Rudi Ludinata  - Perunding Imej Gomen

Google+ Followers