Tuesday, 1 August 2017

Calon UPSR parah jatuh dari bumbung sekolah

Tags

Foto via media sosial
KUANTAN 31 Julai - Seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Cherating, di sini cedera parah selepas terjatuh daripada bahagian bumbung bangunan sekolah tersebut ketika mencari sarang burung hari ini.


etua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 itu, Muhamad Syawal Heri, 12, bersama tiga rakannya memanjat bumbung bangunan empat tingkat sekolah tersebut bagi tujuan berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa tergelincir menyebabkan siling pecah dan dia terjatuh daripada ketinggian empat tingkat bangunan itu.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman, Terengganu bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Google+ Followers