Thursday, 10 August 2017

Apa itu CUTI GANTIAN dan keperluannya untuk guru


LATAR BELAKANG

Cuti Gantian diperuntukkan kepada pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.


PELAKSANAAN

Para 40, Perintah-perintah Am Bab C menyatakan bahawa "seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain, boleh diberi Cuti Gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sarna banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu."


CONTOH KES

Seorang Pegawai Tidak Hadir Bertugas Pada 14 Oktober 2013 Dan Kelayakan Cuti Rehat Pada Tahun Berkenaan Telah Habis Digunakan. Ketua Jabatan Mengarahkan Pegawai Untuk Menjalankan Tugas Lebih Masa Mulai 17 Hingga 20 Oktober 2013. Berdasarkan Pengesahan Penyelia, Jumlah Masa Terkumpul Bertugas Lebih Masa Adalah Melebihi 9 Jam Yang Melayakkan Pegawai Dipertimbangkan 1 Hari Cuti Gantian. Dalam Kes Ini, Adakah Cuti Gantian Selama 1 Hari Boleh Diambil Bagi Menggantikan Tempoh Ketidakhadiran Pegawai Pada 14 Oktober 2013 Walaupun Jumlah Masa Terkumpul Adalah Bermula Pada 17 Oktober 2013?

JAWAPAN

Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1980, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas.

SUMBER


Google+ Followers