Tuesday, 1 August 2017

90 peratus lulusan kolej vokasional dapat kerja

Tags

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kira-kira 90 peratus daripada 2,273 graduan kohort pertama kesemua 15 kolej vokasional di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian itu membuktikan kebolehpasaran graduan kolej berkenaan melebihi sasaran 70 peratus untuk pasaran kerja.


Menurutnya, pada masa sama, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar bagi kohort kedua telah pun bekerja walaupun masih belum melalui majlis konvokesyen pada bulan ini sekali gus menunjukkan mereka mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri.


“Program pengajian diploma kolej vokasional bakal memperoleh akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Disember tahun ini selepas agensi itu selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 kolej vokasional yang menawarkan 16 program.


“Kementerian juga berbincang mengenai intensif dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pelajar lepasan diploma kolej vokasional diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

- UTUSAN ONLINE



Google+ Followers