Wednesday, 23 August 2017

300 murid, guru cemas bangunan sekolah bergegar

Tags

Imej via Utusan Online
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Sebanyak 300 murid dan guru di sebuah Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Kajang dekat sini cemas apabila mereka merasakan gegaran di bangunan terbabit petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua murid dan guru yang panik masing-masing bergegas keluar dari bangunan ke kawasan lapang berhampiran untuk menyelamatkan diri.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.24 petang memaklumkan mengenai gegaran tersebut.

“Anggota bomba segera dikerah ke lokasi bagi menjalankan pemantauan di kawasan sekitar.

“Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku ekoran gegaran tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sani, pihak bomba telah menjalankan proses evakuasi di keseluruhan banggunan sekolah terbabit.

“Berikutan itu juga, kita telah memaklumkan mengenai kejadian kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Google+ Followers