Tuesday, 15 August 2017

3 pelajar perempuan ditahan sebar foto lucah rakan sekolah

Tags

Gambar hiasan
KOTA BHARU – Empat pelajar sebuah sekolah di daerah Bachok ditahan bagi membantu siasatan penyebaran gambar aksi lucah rakan sekolah mereka yang tular di laman sosial.

Tiga pelajar perempuan berusia 14 tahun dan 17 tahun itu ditahan bersama seorang pelajar lelaki yang berusia 14 tahun sebaik polis menerima maklumat daripada seorang remaja perempuan (pengadu) dari sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pengadu yang berusia 15 tahun itu menyedari gambar yang dirakam di sebuah kilang terbiar di Gunong, Bachok, pada November 2016 tersebar sejak Ogos tahun ini.

Katanya, pengadu kemudian membuat laporan polis dan pihak kami kemudian menahan empat remaja tersebut pada Sabtu lalu.

“Siasatan awal polis mendapati ada berlaku tular gambar porno terbabit dan polis kini mengesan pelaku yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, remaja lelaki berkenaan ditahan reman seminggu berkuat kuasa 12 Ogos sehingga 19 Ogos ini, manakala reman tiga yang lain berkuat kuasa 12 Ogos sehingga 16 Ogos ini.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebat minimum tiga kali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Google+ Followers