Monday, 10 July 2017

Semua Sekolah Di Sabah Diminta Laksana RPH Secara Dalam Talian

Gambar hiasan
SANDAKAN, 5 Julai : Semua sekolah di Sabah diminta melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara dalam talian.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah (JPS) Datuk Maimunah Suhaibol berkata masih ada sekolah belum melaksana RPH yang berkonsepkan rekod pengajaran dalam bentuk secara maya. Katanya konsep itu menjimatkan di segi penggunaan kertas dan buku yang sebelum ini memerlukan guru menulis secara manual.

“Kaedah ini menggalakkan penggunaan teknologi terkini kalangan guru dan elemen penting dalam pembelajaran abad ke-21,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata kaedah ini dapat membantu pelajar untuk menitikberatkan kreativiti, pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi dan komunikasi. Sehubungan itu, katanya, penting kepada semua sekolah di negeri ini melaksanakan RPH bagi memastikan satu penulisan rancangan untuk mengajar lebih teratur.

— BERNAMA


Google+ Followers