Saturday, 22 July 2017

Sebelum intervensi, beberapa perkara ini perlu guru lakukan

Tags

Imej via Facebook Sisc Azura

SISC+ Azura mencadangkan beberapa langkah di ambil sebelum melaksanakan intervensi untuk memperbaiki keputusan peperiksaan murid yang kurang memuaskan.

Sebelum melaksanakan intervensi, guru perlu MENGENAL PASTI PUNCA murid tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Guru mata pelajaran perlu melaksanakan:

1. ANALISIS ITEM

i. Soalan yang KURANG DIJAWAB oleh murid (apa sebabnya)
ii. Soalan yang menyebabkan murid banyak KEHILANGAN MARKAH/SALAH DIJAWAB
(Kertas 1 @ Kertas 2, bahagian mana, soalan nombor berapa)

2. ANALISIS KESILAPAN MURID

i. Kecuaian
ii. Tidak faham soalan
iii. Isi tidak relevan
iv. Banyak kesilapan bahasa
v. Ayat tidak jelas
vi. Huraian terlalu pendek,
dan lain-lain

3. AJAR SEMULA apa yang kurang difahami oleh murid selepas analisis item dan analisis kesilapan dibuat.

Di sinilah INTERVENSI boleh dilaksanakan MENGIKUT KELEMAHAN MURID tersebut dan bukan berasaskan persepsi.

Intervensi yang dilaksanakan perlu SESUAI MENGIKUT MASALAH murid yang telah dikenal pasti.

Sumber: SISC+ Azura


Google+ Followers