Sunday, 9 July 2017

Muat Turun Himpunan Contoh Kes Tatatertib Penjawat Awam

Buku ‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ merupakan kelangsungan daripada Buku Contoh Kes-Kes Tatatertib yang telah diterbitkan sebelum ini.

Penerbitan buku ini bertujuan untuk memastikan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan berkesan serta mematuhi prinsip, prosedur dan peraturan yang digariskan.

Ini penting kerana jika sesuatu tindakan tatatertib diambil tanpa menggunakan prosedur yang tepat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang, ia berkemungkinan akan dicabar di Mahkamah yang akhirnya boleh membawa kerugian kepada pihak Kerajaan.

Buku ini menghimpunkan contoh-contoh kes tatatertib, surcaj dan penamatan demi kepentingan awam. Selain itu ia turut memuatkan contoh-contoh penyediaan dokumen di dalam prosedur kes tatatertib biasa bermula daripada Kertas Penentuan Pengerusi Lembaga Tatatertib sehingga surat pemberitahuan keputusan Lembaga Tatatertib.

Muat Turun ‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’



Muat Turun ‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’





Google+ Followers