Thursday, 6 July 2017

KWSP benar ahli selesai baki pinjaman dari akaun 2

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 5 Julai – Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan masing-masing dengan menggunakan simpanan dari akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan tanpa terikat tarikh perjanjian tertentu, bermula 21 Julai ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish berkata, penambahbaikan tersebut akan menggantikan syarat semasa pengeluaran pendidikan dari akaun 2 yang memiliki tarikh kuat kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006.

“Penambahbaikan ke atas polisi ini dilakukan setelah mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan KWSP mereka.

“Pihak KWSP sentiasa sedia memberikan pengalaman positif kepada ahli dan berusaha melakukan penambahbaikan di samping memenuhi mandat kami. Suka cita kami maklumkan bahawa penambahbaikan ini boleh memberi manfaat kepada hampir 70,000 ahli yang masih belum menyelesaikan baki pinjaman pendidikan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber- UTUSAN ONLINE


Google+ Followers