Sunday, 30 July 2017

KPM nafi guru sokong pembangkang kerana kecewa

Tags

JELI - Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru menyokong pembangkang disebabkan kecewa selepas permohonan pertukaran mereka belum diluluskan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau percaya guru masih menghormati profesion mereka dalam perkhidmatan awam.


"Ia peribadi (lebih kepada masalah peribadi). Saya yakin mereka masih menghormati profesion perguruan.

"Kita percaya guru tahu hormati hati budi, dan budaya sebagai seorang guru yang berada dalam organisasi kerajaan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sumber: Sinar Harian

Google+ Followers