Saturday, 8 July 2017

Guru Bahasa Inggeris ditemui meninggal selepas seminggu tidak hadir ke sekolah

Tags

Kepala Batas: Seorang guru lelaki ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Taman Sri Serdang, Kepala Batas petang tadi.

Mayat Allahyarham Cikgu Tawfet Rosidi yang mengajar Bahasa Inggeris di SMK Datuk Ahmad Badawi, Kepala Batas ditemui dipercayai selepas seminggu meninggal dunia berdasarkan keadaan mayat yang sudah uzur.
Jiran arwah melaporkan kepada pihak polis setelah mengesyaki sesuatu setelah terbau busuk di kawasan tersebut.

Jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Salam Takziah.

Sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Tawfet.

Google+ Followers