Sunday, 23 July 2017

Beg sekolah berat, pegawai KPM turun buat pemantauan - Mahdzir

Foto via The Hive
Pegawai dari Kementerian Pendidikan akan melawat beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari.

Beliau berkata demikian mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai bebanan buku tambahan yang terpaksa dibawa pelajar sekolah rendah di negara ini.

- Bernama

Google+ Followers