Thursday, 27 July 2017

3 pelajar dakwa diliwat, suspek ditemui maut gantung diri

Tags

Imej via Favim.com
IPOH: Tiga pelajar membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa dicabul dan diliwat jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah mereka di sini.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 54 tahun ditemui mati dipercayai menggantung diri di sebuah bilik hotel di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata siasatan awal mendapati, dakwaan cabul dan liwat berlaku antara Mei 2016 hingga Mac tahun ini di rumah suspek dan bilik hotel.

"Suspek akan memberikan sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan.

"Selepas menelan pil, mangsa menjadi separuh sedar dan suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa.

"Sebaik selesai, mangsa dibawa untuk membeli barangan seperti telefon bimbit, kasut, seluar dan baju," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tian Kee berkata, polis masih mengesan beberapa lagi rakan pengadu yang turut dipercayai menjadi mangsa dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, kira-kira jam 5.40 petang Selasa lalu, polis menerima panggilan dari sebuah hotel di sini tempat suspek menginap yang mendapati suspek ditemui mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Google+ Followers