Tuesday, 6 June 2017

Permohonan NQPEL Tahun 2018 Secara Online Kini Dibuka

Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi Pentadbir, khususnya menjadi Pengetua atau Guru Besar dipelawa untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018.

Permohonan akan dibuka pada 11 Julai hingga 11 Ogos 2017.

PERMOHONAN KINI DILANJUTKAN SEHINGGA
31 OGOS 2017


Oleh itu bagi mereka yang ingin melangkah ke dalam bidang pentadbiran bolehlah memohon di pautan berikut:
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau di dalam Bahasa Inggerisnya National Professional Qualification Education Leads diwujudkan bagi memastikan pemimpin di peringkat sekolah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti dan kompetan.

Untuk menjadi PGB perlu mempunyai syarat-syarat berikut:

Syarat Umum

  1. disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini
  3. bebas daripada tindakan tatatertib;
  4. telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);
  5. ulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  6. bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
  7. diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus

  1. telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));
  2. mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : - Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam - Guru Besar: Bidang Umum/ Cina / Tamil;
  3. lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);
  4. mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
  5. mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
  6. melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Telefon:
03-8884 7935/7968 (Pengetua)
03-8884 7969/7882 (Guru Besar)

Faks:
03-8884 7283

Alamat
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur

No. Telefon IAB: 03-6105 6100
No. Faks IAB: 03-6105 6299

Semoga dengan adanya peluang ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi kerjaya sebagai guru dan dalam masa yang sama sebagai PGB. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018 ini. Semoga info yang disampaikan ini berguna dan berfaedah kepada anda, sila sebarkan untuk faedah bersama.


Google+ Followers