Monday, 19 June 2017

Laman web benar muat turun filem ganas punca buli meningkat - SKMM

Tags

Foto via Utusan Online
KEPALA BATAS 18 Jun - Kewujudan pelbagai laman web yang membenarkan filem berunsur ganas dimuat turun secara percuma semua lapisan masyarat disifatkan antara penyumbang kepada peningkatan jenayah buli di negara ini.

Ketua Pegawai Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) , Dr. Mazlan Ismail berkata, kewujudan laman web itu menyebabkan usaha Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis adegan ganas tidak berhasil.

Malah, beliau turut melahirkan rasa bimbang kerana teknologi itu melangkaui perundangan sedia ada dan kerajaan pula tidak boleh menyekat semua laman web tersebut.

Sumber- UTUSAN ONLINE

Google+ Followers