Wednesday, 28 June 2017

Hutang pinjaman peribadi penjawat awam cecah RM131 bilion


Imej via TV14
PETALING JAYA – Mahu cepat kaya sehingga terpedaya dengan skim pelaburan jualan langsung (MLM) merupakan antara faktor besar 1.6 juta penjawat awam di negara ini sanggup membuat pinjaman peribadi yang kini mencecah sehingga RM131 bilion.

Lebih parah apabila ada dalam kalangan penjawat awam dikesan mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman peribadi.

Mengikut statistik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), agensi itu kini menguruskan 1.9 juta akaun pinjaman peribadi kakitangan kerajaan.

Secara purata, setiap penjawat awam tanpa mengira pangkat dan usia masing-masing mempunyai hutang pinjaman peribadi lebih RM80,000 setiap seorang. Mereka perlu melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Selain terjebak menyertai skim MLM, alasan lain membuat pinjaman peribadi ialah bagi tujuan perbelanjaan kahwin, mengubah suai rumah dan sebagainya.

Sumber: Kosmo Online


Google+ Followers