Saturday, 3 June 2017

Guru Perlu Bantuan Untuk Bawa Pasukan Bola Sepak Wakili M'sia Ke China

Tags

Seorang guru telah meminta agar bantuan diberikan untuk meringankan beban pasukannya.

Cikgu Fahqri Sobri yang merupakan guru di SMK Mutiara Impian memohon agar bantuan diberikan kepada pasukan sekolahnya yang akan bermain di kejohanan utama di China.

“Assalamualaikum, kalau sesiapa yang bermurah hati nak taja pasukan ni boleh hubungi saya.”

“Tak kisahlah nak bagi sumbangan duit, peralatan atau pakaian untuk pemain ni.
Kalau tak boleh sumbang tolong kongsikan pun jadilah.”

“Terima kasih para sahabat dan kenalan Facebook sekalian.”

SMK Mutiara Impian akan beraksi dalam kejohanan Gothia Cup di China sebagai wakil Malaysia di kejohanan tersebut.

Mereka tidak kira sama ada bantuan wang, jersi atau apa saja akan diterima untuk membantu meringankan beban pasukan.

Untuk info lanjut, boleh hubungi Cikgu Faqhi Sobri di akaun FB beliau

Google+ Followers