Thursday, 22 June 2017

Guru dibenar bawa pistol ke sekolah

Tags

Foto via Victoria Advocate
LOS ANGELES: Guru di Colorado dilatih menggunakan senjata, yang akan dibenarkan dibawa ke dalam bilik darjah untuk membalas tembakan jika berlaku serangan seperti itu di sekolah.

Sekumpulan 17 guru dan kakitangan di Mukim Weld mengambil bahagian dalam kursus tiga hari itu minggu ini yang dianjurkan pertubuhan Coloradans for Civil Liberties.

Pengasas kumpulan itu, Laura Carno, memberitahu latihan dinamakan FASTER itu dilakukan pegawai polis tidak bertugas yang mengajar peserta cara bertindak balas ketika kecemasan.

FASTER adalah singkatan kepada Tindak Balas Latihan Keselematan dan Kecemasan Fakulti/Pentadbir, berikutan kes pembunuhan beramai-ramai sekolah Sandy Hook pada 2012 di Newtown, Connecticut, yang mengorbankan 20 kanak-kanak selain enam staf.

"Alasan mengapa senjata dibenarkan dibawa ke sekolah meningkat kerana dunia yang semakin bahaya," kata Carno, merujuk kepada beberapa kes tembakan yang berlaku di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Menurut undang-undang Colorado, kakitangan sekolah boleh membawa senjata yang tersembunyi selain mereka mempunyai permit dan ditugaskan sebagai pegawai keselamatan.

Carno berkata, majoriti yang mengambil bahagian dalam latihan itu bekerja di kawasan pedalaman yang mengambil masa 30 hingga 45 minit untuk polis bertindak balas. Latihan termasuk mengenai keselamatan senjata dan digunakan sebagai tindak balas kecemasan dan cara mengatasi ancaman ketika pelajar melarikan diri dari kelas yang diserang. - AFP

Selanjutnya di : BH ONLINE


Google+ Followers