Tuesday, 13 June 2017

Cadangan ganjaran 'reward' untuk murid dalam PdPc


Berikut adalah 15 cadangan ganjaran ketika dalam PdPc yang dikongsikan oleh SISC+ Azura melalui akaun Facebook beliau. Paparan video turut disediakan ketika PdPc juga disertakan. Untuk menontonnya, anda boleh ke laman Facebook beliau, SISC Azura

Ganjaran merupakan satu insentif yang dapat:

1. Memberikan GALAKAN kepada murid untuk mencuba
2. Mewujudkan rasa PERSAINGAN POSITIF
3. Menimbulkan suasana PEMBELAJARAN yang MENYERONOKKAN

Ganjaran boleh diberikan kepada murid secara:
1. Individu
2. Berpasangan
3. Berkumpulan

Yang penting dalam konsep memberikan ganjaran ini, MURID FAHAM akan SEBAB mereka mendapat ganjaran tersebut.

Antara BENTUK GANJARAN yang boleh diberikan ialah:

1. STICKER
Murid mendapat sticker dan ditampal pada topi atau buku.

2. TEPUKAN
Murid akan mendapat tepukan gemuruh daripada rakan lain.

3. TEPUK BAHU SENDIRI
Murid menepuk bahu sendiri sebagai tanda ganjaran pada diri bersama-sama dengan guru.

4. PUJIAN
Murid mendapat PUJIAN LISAN daripada guru setiap kali melakukan aktiviti atau berkelakuan baik. PUJIAN BERTULIS juga boleh diberikan kepada murid oleh guru ketika semakan latihan dibuat.

5. MARKAH SIKAP YANG DIMASUKKAN DALAM UJIAN
Murid mendapat markah tambahan sebanyak 5 peratus, iaitu markah terkumpul yang dimasukkan dalam ujian bulanan atas usaha yang dilakukan di dalam bilik darjah.

6. PAPAN GANJARAN
Nama murid diletakkan lambang tertentu pada papan ganjaran.

7. HADIAH KECIL atau MAKANAN
Murid mendapat hadiah kecil seperti alat tulis, iaitu pembaris/pen/pensel/pemadam atau makanan seperti gula-gula/biskut/coklat/roti setiap kali dapat menyelesaikan tugasan atau latihan.

8. DUIT atau KUPON MAKANAN
Murid mendapat wang tunai atau kupon makanan yang boleh ditebus di kantin sekolah daripada guru sebagai ganjaran melaksanakan aktiviti.

9. DUA PUJIAN SATU HARAPAN
Murid boleh memberikan dua pujian dan satu harapan pada hasil kerja rakan ketika aktiviti.

10. LENCANA PENEGUHAN
Murid mendapat lencana yang ditulis bijak, ceria, berani, berhemah, pintar dan sebagainya.

11. CAP GANJARAN
Murid mendapat cap ganjaran berbentuk pujian selepas latihan disemak oleh guru.

12. BERPELUANG MEMILIH RAKAN
Murid diberikan peluang untuk memilih rakan seterusnya untuk menjawab soalan setelah berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dalam sesuatu permainan.

13. ANUGERAH
Seorang murid dinobatkan sebagai Murid Paling Aktif atau Murid Paling Bijaksana atau Murid Paling Sporting setiap kali sesi PdPc berdasarkan pilihan guru dan rakan-rakan.

14. BINTANG
Murid mendapat bintang yang diberikan oleh rakan ketika aktiviti gallery walk atau stray stay dilaksanakan. Bintang juga boleh diberikan oleh guru dalam buku ketika semakan latihan dibuat.

15. TAMPIL KE HADAPAN
Murid dipanggil ke hadapan kelas untuk membaca hasil tugasan terbaik atau membentangkan penyelesaian tugasan pada papan putih.

Hak cipta terpelihara Sisc Azura


Google+ Followers