Tuesday, 20 June 2017

Buli & gangsterisme, jangan biar guru-guru bersendirian - Mahdzir

Tags

Foto via FB Mahdzir Khalid
Putrajaya: Isu buli dan gangsterisme terus menjadi topik hangat dan perbualan segenap masyarakat.

Kementerian Pendidikan tetap mengambil serius perkara ini dan berjanji tidak akan membiarkan guru-guru teraniaya dan bersendirian mengatasi masalah ini.

Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid sekali menegaskan melalui laman Facebook beliau, semua pihak perlu memainkan peranan penting memerangi isu ini.

Menurut beliau, pihak PPD perlu proaktif berhubung dengan pihak polis di peringkat daerah masing-masing.

Beliau juga memohon pihak PPD menyalurkan maklumat sekolah-sekolah yang mengalami gejala samseng kepada pihak IPD agar pemantauan dapat dibuat sama ada dalam sekolah atau selepas waktu persekolahan.

Beliau turut berharap agar sekolah tidak dibiarkan bersendirian menangani isu ini, khususnya guru-guru.

Manakala guru-guru pula, jika wujud ancaman di luar kawasan sekolah oleh pihak tertentu kerana bertindak mengikut peraturan, Mahdzir berkata ianya perlu dilaporkan terus kepada pihak polis.

Beliau turut berjanji akan membincangkan perkara ini secara terperinci di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.


Google+ Followers