Friday, 2 June 2017

Bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500 untuk 1.6 juta penjawat awam

PUTRAJAYA 2 Jun- Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan bayaran sebanyak RM250.


“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 9 Jun. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini

Sumber - UTUSAN ONLINE

Google+ Followers