Monday, 5 June 2017

5 Perkara Utama Punca Guru Tak Sanggup Lagi Mengajar

Tags

Komik via Berita Harian
Baru-baru ini, Laman FB WeAreTenchers ada memuat naik infografik daripada Institut Polisi Pendidikan yang memaparkan pelbagai luahan berkenaan isu-isu perguruan di dalam dunia pendidikan masa kini. Infografik tersebut juga memaparkan punca-punca utama mengapa guru meninggalkan profession tersebut.

1. Suasana kerja yang semakin mencabar

Cassadra M memberitahu, "Guru-guru dilambakkan dengan kertas kerja, kurikulum yang mustahil dan kekurangan masa untuk mencapai objektif yang tidak realistik."

Joan F pula bersetuju sambil memetik beberapa aduan di antaranya, "Saiz kelas yang tidak kondusif, kekurangan bahan, suasana bangunan sekolah yang terus, bekerja 10-15 jam dan pada hujung minggu, pentadbir yang tidak cekap, mesyuarat yang meleret-leret, tiada sokongan dalam membanteras masalah disiplin dan lain-lain..."

Ketika dilantik menjadi guru, pastinya setiap individu itu memiliki semangat yang berkobar-kobar dalam penyampaian ilmu, tetapi tanpa sokongan yang betul, ianya pasti melalui tahun-tahun yang sukar.
Charissa S. melepaskan jawatannya sebagai guru selepas hanya dua bulan berada di sekolah dan "menyalahkan pentadbiran yang gagal membuat persediaan menerimanya sebagai guru, dengan suasana kerja yang sangat mencabar serta mengharapkan sesuatu yang sangat mustahil dari beliau yang baru dilantik."

Seorang lagi guru baru, Christine M., berasa kecewa dengan pentadbiran yang hanya memberi status jawatannya sebagai kontrak dan bukal kekal sedangkan beliau memerlukan sesuatu yang stabil untuk permulaan kehidupannya.

2. Kurang sokongan dan rasa hormat

Kebanyakan guru yang berhadapan dengan situasi yang semakin mencabar berhadapan dengan masyarakat dan ibu bapa merasakan diri mereka kurang dihormati. "Sangat kurang, malah saya rasa tiada lagi rasa hormat kepada guru zaman sekarang," kata Ann D.. Ianya berlaku bukan sahaja di dalam sekolah, tetapi juga ibu bapa, pentadbir dan masyarakat. "Tekanan, kurang rasa hormat dan sokongan, itulah yang saya rasa," kata seorang guru yang sudah mengajar hampir 16 tahun, Erin T.

Kebanyakan guru merasakan diri mereka diperkotak-katikkan oleh pentadbir dan ibu bapa. Rosanne O. mendakwa, "Pentadbir tiada rasa hormat kepada kami, kami tidak diberi peluang untuk berkata TIDAK." Carole R. pula kecewa dengan ibu yang terhegeh-hegeh mahukan anak mereka mendapat  'A' dalam ujian sedangkan pencapaian sebenar hanyalah 'C'.

3. Ujian dan Kutipan Data

Kutipan data dan ujian adalah perkara lumrah guru-guru. Namun begitu ianya turut menjadi salah satu punca guru-guru meninggalkan profesion mereka.

Amy L. meninggakan profesion perguruan selepas 3 tahun kerana kecewa dengan mentaliti 'mengajar untuk peperiksaan' yang wujud dalam sistem pendidikan. "Pada tahun pertama saya sebagai seorang guru, pengetua telah panggil ke pejabatnya dan mahu saya mengajar mengikut standard yang telah ditetapkan kurikulum dan bukan mengajar selain daripada itu. Saya hanya menyediakan pelajar saya dengan persediaan di dunia luar yang semakin mencabar."

Kutipan data secara tergesa-gesa berserta laporan dan intervensi juga menambah tekanan untuk guru-guru. Kitaran kerja mereka kini seolah-olah terpaksa bekerja 24 jam tanpa henti.

4. Tidak lagi memberi fokus kepada minat murid

Bonnie D. meinggalkan profession perguruan ini selepas bertahan selama hampir 30 tahun. Beliau merasakan sistem pendidikan sekarang ini tidak lagi mencerminkan minat dan kemahiran pelajar itu sendiri.

"Semuanya berfokuskan kepada peperiksaan utama, dan keputusan dan pemilihan yang dibuat oleh pentadbir hanya berfokus kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik. Panggillah saya guru yang ketinggalan zaman, tapi apa yang pernah saya lakukan dahulu adalah untuk mendalami dan mencungkil apa sahaja yang terbaik daripada pelajar saya dan bukan semata-mata untuk peperiksaan."

Amat menyedihkan apabila satu ujian digunakan untuk menghakimi seorang pelajar.

Bagaimana jika pelajar tersebut menghadapi masalah kesihatan ketika hari peperiksaan. Bagaimana jika pelajar tersebut 'mood' nya hilang pada hari tersebut akibat pergaduhan ibu bapanya di rumah. Michelle S. sangat bimbang tekanan yang bakal berlaku kepada pelajar jika ianya berterusan dan mengambil keputusan untuk tinggalkan profesion perguruan ini.

5. Akhirnya, keluarga tetap menjadi keutamaan

Kebanyakan guru yang masih bertahan tetap meneruskan amanah yang diberikan. Namun sesetengah guru terpaksa juga meninggalkan profesion ini kerana mereka tidak mampu lagi melawan sistem yang sedia ada.

"Selepas lapan tahun mengajar dan 20 tahun berangan-angan mahu menjadi seorang guru, saya telah meninggalkan profesion ini," kata Cedar R., "Disebabkan kekurangan keseluruhan sokongan, saya mendapati ia amat sukar untuk mengimbangi pengajaran dan membesarkan dua anak-anak saya."

Heather A. meluahkan kekecewaan beliau, "Saya sedar bahawa sistem pendidikan telah rosak dan tidak boleh diperbaiki. Saya lebih relah 'homeschooling' anak saya."

Dipetik dan diolah daripada artikel asal We Are Teacher 

Google+ Followers