Wednesday, 24 May 2017

Unit pendidikan digital bergerak dilancar

Tags

Foto via Utusan Online
SEREMBAN 23 Mei - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan usahasama pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Pintar hari ini melancarkan ‘Kembara #mydigitalmaker Bersama Pintar’ untuk memberi pendedahan berkaitan pendidikan digital kepada kira-kira 100,000 pelajar di luar bandar, pendalaman dan kurang berkemampuan.

Unit kembara itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA dekat Nilai di sini.

Yang turut hadir Pengerusi MDEC, Tan Sri Sidek Hassan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Sabri Rahman.

Unit pendidikan bergerak itu melibatkan sebuah bas yang direka khas bagi menempatkan pelbagai peralatan penciptaan digital yang menarik selain maklumat mengenai kerjaya teknologi digital masa depan dan penggunaan selamat teknologi itu.

Syarikat teknologi seperti Microsoft Malaysia, Google Malaysia, DiGi Telecommunications, Sasbadi, Designex3D, Centillion Robotics dan Maker21 adalah antara rakan kongsi industri yang mempamerkan modul pembelajaran dan kandungan merangkumi robot, animasi kreatif, realiti maya, keselamatan siber dan percetakan 3D dalam unit kembara pembelajaran itu.

Sumber- UTUSAN ONLINE

Google+ Followers