Friday, 5 May 2017

Silibus Tinggi - Pertimbangkan 7 Perkara Ini Untuk Penambahbaikan

Dua tiga minggu kebelakangan ini, bising dengan silibus terlalu tinggi hingga menyebabkan anak-anak tahun Satu terutamanya terkial-kial mengikuti PdPc.

Namun begitu, tiada cadangan konkrit untuk penambahbaikan perkara ini. Tiada juga apa-apa ulasan daripada pihak Kementerian sendiri.

Lantas, suara-suara bawahan daripada guru itu sendiri mula diluahkan. Tetapi bukanlah untuk menidakkan penambahbaikkan silibus ini, tetapi cadangan-candangan untuk menambahbaik situasi yang dilihat semakin rumit.

Ikuti beberapa cadangan daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh

Pada saya...

Silibus baru ini tinggi arasnya, namun boleh dicapai JIKA...

1) Bilangan murid dalam satu kelas sekitar 20 orang. Sepertimana bilangan murid di negara maju yang lain.

2) Ada pembantu guru untuk membantu guru membuat kerja-kerja pengkeranian. Segala fail panitia, fail murid dan segala mak datuk kerja pengkeranian, bagi pada pembantu guru.

Biar tugas guru hanya mengajar. Baru guru dapat tumpu pada tugas hakiki.

3) Sekolah hanya satu sesi. Maka waktu PdPc dapat dipanjangkan dari jam 7:30 - 2:30 contohnya.
Sesi petang itu, kalau perlu boleh sahaja diteruskan dengan kelas tambahan atau apa-apa aktiviti yang sesuai. Sekolah kita sekarang banyak lagi 2 sesi. Jadi, tiada aktiviti tambahan dapat dibuat di sekolah pada waktu petang. Sangat merugikan pada saya.

4) Sekolah dibekalkan dengan BBM yang selaras. Wujudkan bilik BBM yang kondusif dan mesra pengguna. Bahan bantu mengajar sepatutnya ada, ada di dalam bilik BBM dan mudah diakses oleh semua guru.

Tidak berkunci sepanjang masa, tidak pula kuncinya disimpan oleh orang-orang tertentu sahaja.

Sebagai contoh, untuk Matematik sepatutnya ada abakus, penimbang, blok 100, blok 1000, contoh wang kertas baru, syiling dan segala macam yang berkaitan.

LCD dan laptop juga boleh diletakkan di dalam bilik BBM. Banyak gunanya. Semua ini sepatutnya diselaraskan dan dibekalkan. Bukan tugaskan panitia untuk beli itu ini. Bila selaras baru tersusun.
Dan ya. Jangan bebankan cikgu untuk jaga bilik BBM. Wujudkan jawatan baru seperti pembantu makmal, par atau pra untuk jaga bilik ini.

5) Prasekolah ditambah hingga 5 kelas bagi setiap sekolah. (Bergantung pada enrolmen murid setiap aliran juga).

Kena pastikan tiada murid tercicir dari prasekolah. Lebih elok, diwajibkan murid ke prasekolah bermula umur 5 tahun lagi. Di negara maju, umur 4 tahun anak mereka dah ke tadika. Mengenal nombor dan huruf sambil bermain.

Masih ramai murid tercicir prasekolah dan melangkah ke tahun 1 tanpa kenal ABC dan 123. Murid tidak mengenal huruf dan nombor, sedang silibus Matematik muka surat pertama dan minta murid tulis 'Lebih' atau 'kurang'.

Bagaimana mereka nak jawab? Soalan itu perlukan murid yang pandai membaca dan menulis. Nombor dan huruf pun tak kenal.

6) Perkasakan kelas pemulihan. Kelas pemulihan perlu diperkasakan. Dibekalkan dengan segala macam BBM yang menarik. Guru pemulihan ditambah. Pembantu guru pemulihan diwujudkan untuk membantu guru.

Wujudkan guru pemulihan untuk setiap matapelajaran. Tidak terhad pada BM dan Maths sahaja. BI, Jawi, Bahasa Arab dan Sains pun perlu guru pemulihan yang pakar.

Murid yang dikesan slow dan perlahan, terus guru pemulihan ambil dan pulihkan.

7) Pendapatan perkapita rakyat perlu tinggi setanding negara maju. Lihat Singapore. Berapa pendapatan perkapita rakyat mereka?

Maka tidak hairanlah seawal umur 3-4 tahun anak mereka dah dihantar ke taska/tadika swasta yang baik-baik. Ada pula tuisyen individu/kumpulan kecil.

Kita? Masih ramai ibubapa yang bilamana anak mereka tidak terpilih untuk masuk ke prasekolah, mereka biarkan anak mereka tak bersekolah. Tercicir sampai umur 6 tahun. Biasanya keluarga miskin, tak mampu nak bayar yuran tadika dari rm200-rm600 sebulan.

Rakyat yang berpendapatan tinggi penting kerana ibu bapa yang berwang tidak kisah berhabis duit untuk pelajaran anak-anak mereka.

Dan ini hanya pendapat peribadi. Bebas sahaja untuk bersetuju mahupun tidak. Artikel ini tidak pula dikaji secara mendalam dan ketepatan fakta boleh dipertikaikan.

Cuma satu sahaja nak cakap. Bijak pandai yang ada pada hari ini dilahirkan melalui silibus lama yang kononnya tak maju itulah.

Sekian.

#MFS

* Sekadar pandangan orang paling bawah.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers