Sunday, 14 May 2017

Semua pihak perlu besama sekolah jayakan agenda Kementerian Pendidikan

Tags

JOHOR BAHRU 13 Mei - Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab bersama-sama dengan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan dalam usaha menjayakan agenda pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua-ketua masyarakat boleh menjalin kerjasama dengan guru menerusi penglibatan atau penganjuran program.

“Tidak cukup sekiranya ibu bapa hanya meletakkan segala hal yang berkaitan pendidikan kepada guru-guru termasuk meletakkan keputusan peperiksaan berasaskan sekolah.

“Kita kena ambil tanggungjawab bersama-sama ibu bapa masyarakat kerajaan negeri dan Persekutuan, begitu juga ketua-ketua masyarakat,” katanya semasa merasmikan Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE.


Google+ Followers