Thursday, 4 May 2017

Penjawat Awam akan disiasat jika pendapatan bersih kurang 40 peratus

Datuk Seri Zainal Rahim
Melaka: Kerajaan akan menyiasat penjawat awam yang mempunyai pendapatan bersih kurang 40 peratus daripada gaji bulanan bagi mengetahui bagaimanakah mereka menyara kehidupan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, tindakan itu bagi mengelakkan mereka terbabit dengan tindakan luar batasan yang akan mencemarkan nama perkhidmatan awam negara ini.

"Dalam membuat pinjaman mereka mesti pastikan pendapatan (bersih) tidak kurang 40 peratus (daripada gaji) tetapi jika kurang daripada itu, maka pegawai kita boleh siasat.

"Kita akan lihat bagaimanakah mereka boleh menyara hidup kerana gaji bersih yang kecil boleh menyebabkan mereka ambil tindakan luar batasan atau tidak dijangkakan. Ini penting untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku dalam kalangan pegawai kerajaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Asas Pegawai Penguat Kuasa JPJ Gred KP41 dan KP19 Siri 1/2019 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Tiang Dua, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron

Sumber: Hmetro

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers