Tuesday, 9 May 2017

Mengapa Pihak Sekolah Tidak Hantar Murid Sakit Terus Ke Hospital/Klinik?


KENAPA PIHAK SEKOLAH TIDAK HANTAR TERUS MURID YANG SAKIT KE KLINIK / HOSPITAL TETAPI MEMANGGIL IBU BAPA UNTUK TINDAKAN?

Ada friend dekat Facebook ni beritahu pagi tadi cikgu call suruh ambil anak dia di sekolah sebab anak dia jatuh. Ada luka sikit. Jadi, dia tanya dan minta pencerahan kenapa pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajar ke klinik / hospital. Bagus soalan dia ni sebab ramai tak tahu prosedur.

Sesungguhnya, pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajar yang sakit atau cedera ke hospital.

Jika ada pelajar mengadu demam, pening, atau sakit, pihak sekolah tak boleh beri ubat. Misalnya paracetamol. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 dan SPI Bil: 1/1995)

BUKAN LEPAS TANGAN

Walaupun insiden jatuh / luka / kemalangan terjadi pada waktu persekolahan, pelajar itu tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa. Ini ialah prosedur.

DASAR TIMBANG RASA

Jika sebelum ini ada kes pihak sekolah hantar terus pelajar ke hospital, ia dibuat atas dasar TIMBANG RASA atau melibatkan kes KECEMASAN. Misalnya sawan atau sakit jantung. Tapi ibu bapa tetap dimaklumkan dalam perjalanan ke hospital dan guru akan minta kebenaran (lisan atau bertulis).

Benda macam ni bukan benda runcit-runcit. Semua tindakan guru kepada pelajar memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari.

KEMALANGAN DAN KECUAIAN

Cuma, isu yang boleh dibangkitkan ialah keberadaan guru semasa insiden itu berlaku. Ada dua istilah penting iaitu 'kemalangan' dan 'kecuaian'.

Jika guru ada semasa kejadian, ia kemalangan. Jika guru tiada semasa kejadian, ia kecuaian. Sebab tu kita cikgu-cikgu tak boleh lewat masuk kelas hatta 10 saat sekalipun. Risau jadi benda macam ini.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Kesimpulannya, anak anda tanggungjawab anda. Pihak sekolah hanya boleh bawa ke hospital dengan kebenaran ibu bapa. Kedengaran seperti mementingkan diri tetapi itulah kebenarannya. Perlu diketahui juga setiap pelajar dilindungi skim insuran takaful (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995).

* Kredit : FB Mohd Zailee

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers