Tuesday, 2 May 2017

Huraian Tema Hari Guru 2017 - 'Guru Pembina Negara Bangsa'


Hari Guru tiba lagi. 16 Mei setiap tahun, semua guru di seluruh Malaysia akan meraikannya. Untuk Tahun 2017, sekali lagi Guru : Pembina Negara Bangsa dipilih untuk tema sambutan kali ini.

Sebagai rekod, tema ini telah diguna pakai pada tahun 2009, 2010 dan 2016. Boleh rujuk SINI.

  • Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi

Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

  • Majlis Pelancaran
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 Tahun 2017 akan diadakan di Johor Bharu. Majlis ini akan diadakan di Educity Sports Comlex, Iskandar Puteri, Johor  16 Mei 2017.

Google+ Followers