Saturday, 13 May 2017

Garis panduan pantau perilaku murid ditambah baik

Tags

Foto via Utusan
PASIR GUDANG 12 Mei - Kementerian Pendidikan akan menambah baik garis panduan sedia ada bagi memberi perhatian lebih serius terhadap perilaku murid termasuk aspek melibatkan kemurungan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak sekolah khususnya guru besar dan guru-guru akan mengenal pasti sebarang perubahan sikap atau kehadiran melibatkan anak murid masing-masing.

“Sekiranya ada sebarang perkembangan sedemikian, pihak sekolah diminta mengambil tindakan mencegah.

“Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa murid berkenaan selain merujuk kepada guru kaunseling,” katanya selepas melawat keluarga Allahyarham Muhamad Ariel Hafiz Yahsin, 12, yang ditemukan tergantung di rumahnya, Rabu lalu.

- UTUSAN ONLINE

Google+ Followers