Thursday, 25 May 2017

Capaian internet lebih baik di 6,000 sekolah

Tags

Foto via Utusan Online
TANAH MERAH 25 Mei - Lebih 6,000 sekolah di seluruh negara bakal menikmati capaian internet yang lebih baik dan berkelajuan tinggi apabila proses menaik taraf kemudahan itu selesai selewat-lewatnya tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, capaian internet di sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan kerana kemudahan tersebut menjadi elemen penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ada hari ini.

“Capaian internet bergantung kepada lokasi. Ada sekolah menikmati internet berkelajuan tinggi 10 Mbps ada yang 8 Mbps sebab terletak di bandar. Kalau luar bandar, mungkin 2 atau 3 Mbps sahaja.

“Daripada lebih 10,000 sekolah yang ada di seluruh negara, ada kira-kira 6,000 sekolah yang capaian internetnya sedang dinaik taraf. Isya-Allah dalam tempoh 2017-2018 ini Internet akan jadi lebih baik sekali gus meningkatkan PdP sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE



Google+ Followers