Wednesday, 12 April 2017

Sekatan Bayaran Potongan Gaji Penjawat Awam Sehingga Maksimum 60%

Jabatan Akauntan Negara melalui laman web rasminya e-Penyata Gaji telah mengeluarkan satu pengumuman berkenaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam.

Makluman tersebut tertulis sebagai:

Dimaklumkan mulai April 2017, Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM.

Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. Arahan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April 2017.

Sebarang pertanyaan berkaitan arahan ini, sila emel kepada bkp_kajian@anm.gov.my atau melalui talian telefon 03-8886 9623 atau rujuk kepada FAQ.

Sebagai penjawat awam, pandai-pandailah kita menguruskan kewangan supaya tidak timbul masalah di masa hadapan!

Sumber: Jabatan Akauntan Negara
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers