Friday, 21 April 2017

Penjawat awam bankrap meningkat

atuk Seri Azalina Othman Said via The Star Online
KUALA LUMPUR 20 April - Sebanyak 3,276 penjawat awam diisytiharkan bankrap dalam tempoh empat tahun sejak 2013, gara-gara ketidakmampuan me­reka untuk menjelaskan hutang yang dibuat.

Malah, Jabatan Akauntan Negara merekodkan sebanyak 61,726 daripada 1.59 juta penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang 40 peratus daripada emolumen bulanan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bilangan penjawat awam yang diisytiharkan bankrap pada tahun lalu mening­kat 13 peratus iaitu 1,093 orang berbanding 960 orang pada tahun sebelumnya, 606 orang (2014) dan 617 orang (2013).

Jelas beliau, pinjaman peribadi yang dipotong melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) didapati pe­nyumbang terbesar keberhuta­ngan yang serius dalam kalangan penjawat awam.

“Keberhutangan serius diklasifikasikan sebagai jumlah pendapatan bersih bulanan penjawat awam yang kurang 60 peratus daripada emolumen bulanan, setelah mengambil kira potongan yang dibenarkan ketua jabatan.

“Bermula bulan ini, Jabatan Akauntan Negara telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus daripada jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer bagi menangani masalah hutang dalam kalangan penjawat awam,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff mengenai status keberhutangan dalam kalangan penjawat awam ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Menurut Azalina, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha termasuk pindaan perundangan sedia ada dan menjalin kerjasama antara Jabatan Insolvensi dengan agensi-agensi strategik lain.

Sumber: Utusan Online

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers