Tuesday, 18 April 2017

Pelajar Tingkatan Lima jatuh asrama MRSM

Tags

Foto ehsan Bomba
GEMENCHEH: Seorang pelajar Tingkatan Lima cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gemencheh di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, M Danapala, berkata dalam kejadian jam 3.24 pagi, pelajar berusia 17 tahun berkenaan terselamat apabila terjatuh ke atas bumbung zink garaj yang digunakan sebagai tempat menyidai pakaian.

"Ketika tiba, kita dapati pelajar itu yang terbaring di atas bumbung berkenaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan awal mendapati dia tidak cedera serius.

"Pasukan bomba kemudian menurunkannya menggunakan alat pengusung dan menghantarnya ke Klinik Kesihatan Gemas sebelum dirujuk ke Hospital Tampin," katanya di sini, hari ini.

Sumber: Bharian

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers