Wednesday, 19 April 2017

Nisbah penjawat awam munasabah

Datuk Seri Zainal Rahim Seman via Ismaweb
PUTRAJAYA 19 April - Jumlah penjawat awam di negara ini adalah pada nisbah 1:44 berbanding populasi penduduk sekiranya tidak merangkumi penjawat dalam sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, jika diambil nisbah berkenaan, nisbah jumlah penjawat awam Malaysia tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain.

Beliau memberitahu, jumlah keseluruhan penjawat awam di negara ini sebanyak 1.6 juta orang dengan nisbah 1:19 orang adalah berikutan peruntukan yang ditetapkan dalam perlembagaan negara.

"Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak memasukkan perjawatan seperti tentera dan kesihatan dalam perkhidmatan awam, sebab itu nisbah mereka nampak besar," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya lagi, nisbah penjawat awam di negara maju sekiranya mengambil kira tiga sektor yang dirangkumi Malaysia akan menunjukkan United Kingdom dengan nisbah 1:18, Amerika Syarikat 1:14, Australia 1:12 dan New Zealand 1:13.

Zainal mengulas mengenai isu yang dibangkitkan sebuah media tempatan mengenai dakwaan lambakan penjawat awam di negara ini.

Sumber:- UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers