Thursday, 6 April 2017

Murid ada masalah sekolah nak terjun tingkat tiga

Tags

Foto ihsan Bomba
ROMPIN: Bomba menyelamatkan seorang murid Tahun Enam yang cuba terjun dari tingkat tiga sekolahnya di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Difahamkan murid lelaki itu cuba terjun kerana ada masalah di sekolah itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Zahari Razali, berkata murid itu diselamatkan selepas enam anggota mengambil masa 20 minit memujuknya.

"Kita turut memberikan dia air dan menenangkannya sebelum dia mengubah fikiran.

"Pada masa sama kita turut bersedia melakukan penyelamatan menggunakan tali sekiranya kaedah memujuk murid berkenaan gagal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers