Sunday, 23 April 2017

Jangan sembunyikan gangsterisme di sekolah

Tags

JOHOR BAHRU 23 April - Pihak sekolah diingatkan supaya tidak menyembunyikan kegiatan gangsterisme di sekolah sebaliknya berterus terang sekiranya terdapat pelajar terlibat dengan kegiatan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak sekolah harus memberikan kerjasama penuh kepada polis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.

"Pihak sekolah kena bagi maklumat kepada pihak polis," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Amerin Rotary Charity Carnival 2017 di pekarangan Hotel Amerin, Taman Perling, di sini sebentar tadi.

Semalam, polis menahan sembilan anggota Geng 24 atas penglibatan mereka dalam kumpulan kongsi gelap.

Tangkapan terbaharu itu menjadikan sebanyak 27 anggota kumpulan itu telah berjaya ditahan setakat ini.

Kelmarin, dua video yang memaparkan sekumpulan orang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang menjadi tular dalam media sosial.

Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang tertera ’24’ dan ’TD4’.

Video kedua pula menunjukkan kek beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya mengesahkan pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), berjaya menahan sebanyak 13 pelajar dan lima bukan pelajar kerana menyertai kumpulan kongsi gelap tersebut, semalam.

Khalid berkata, pihaknya telah mengesan pembabitan pelajar Sekolah Menengah (SM) Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam aktiviti tersebut. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers