Sunday, 2 April 2017

Ibu bapa anak mangsa buli fail saman tuntut RM2 juta

Tags

KUALA TERENGGANU 2 April - Ibu bapa kepada seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) di sini yang menjadi mangsa buli dua tahun lalu hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap sembilan pihak.

Ahmad Fauzi Abdullah dan Rusaila Abdullah memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas alasan telah mengakibatkan anak lelaki mereka cedera teruk, mengalami tekanan perasaan dan terjejas pembelajaran.

Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan W.A Wan Adnan & Associates pasangan itu antara lain menamakan lima pelaku yang membuli dan memukul anak mereka.

Mereka terdiri daripada Ahmad Safwan Hanim Mohd. Fahimi,19; Muhamad Afiq Azamuddin Abdul Rahim,19; Muhammad Ameer Amirul Arshad, 19; Wan Muhammad Faris Wan Ghani, 19, dan Muhammad Amirul Haziq Mohd. Asnawi, 19, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif turut menamakan Sulaiman Ngarif (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Meriam Jusoh (bekas Pengetua), Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam hingga kesembilan.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa pada 26 April 2015, antara pukul 10.40 malam hingga 2 pagi, anak lelaki mereka yang ketika itu berada di tingkatan dua telah diserang, dipukul, diugut dan dibuli oleh murid tingkatan lima di bilik asrama ketua pegawas, di dalam kawasan sekolah berkenaan. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers