Sunday, 30 April 2017

Guru dan kerani didakwa guna MC palsu

Tags

Foto via nst.com.my
SHAH ALAM - Seorang guru dan kerani sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap empat pertuduhan menipu guru besar menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu, tahun lalu.

Guru tersebut, Zainuddin Deraman,40, didakwa menipu guru besar Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2, Sapiah Jaffar sehingga menyebabkan wanita berkenaan percaya dua sijil cuti sakit palsu yang diserahkan kepadanya adalah tulen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat pentadbiran sekolah tersebut antara pukul 8 pagi hingga 5 petang, masing-masing pada 5 September 2016 dan 18 Januari 2017.

Saiful Rizal Mohd Haris, 27, didakwa turut menipu Sapiah dengan melakukan perbuatan itu yang sama pada 6 dan 16 Januari 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman dan Nurul Huda Ramli mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes disebut di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohktaruddin dan Majistret P Sarulatha.

Mahkamah membenarkan jaminan Zainuddin dan Saiful RM5,000 setiap orang dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.

Dony Abdullah bertindak sebagai peguam bela bagi kedua-dua tertuduh.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers