Thursday, 20 April 2017

Gaji Penjawat Awam Bulan April 2017 Di Awalkan Pembayaran?


Foto via Whatsapp Group
Tular di awal pagi 20 April 2017 dalam kumpulan WhatsApp berkenaan bayaran gaji penjawat awam untuk bulan April diawalkan pada hari ini.

Cetakan skrin email tersebut menyebut, tarikh pembayaran gaji April 2017 bagi staf tetap dan kontrak akan dibayar pada 20 April 2017 (Khamis) berikutan pengumuman Cuti Ganti Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang jatuh pada 25 April 2017.

Baru-baru ini, kerajaan telah umumkan cuti sempena pertabalan yang dipertuan Agong pada hari Isnin, 24 April 2017. Terdapat beberapa negeri seperti Kedah telah mengambil keputusan untuk menggantikan cuti tersebut pada 25 April 2017 kerana cuti peristiwa berkenaan telah bertindih dengan cuti Isra dan Mi'raj yang telah sedia ada di dalam takwim.
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers