Tuesday, 11 April 2017

92% sekolah capai sasaran pembabitan ibu bapa

PUTRAJAYA: Sebanyak 92 peratus daripada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara berjaya melebihi sasaran 65 peratus pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah, tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pencapaian itu membabitkan enam aktiviti sekolah yang digariskan di bawah Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Aktiviti berkenaan termasuk hari pendaftaran, hari penetapan target, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari pelaporan, hari sukan dan hari anugerah.

"Ini adalah antara pencapaian yang menjadi sasaran utama di PPPM ," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof.

Selain itu, Mahdzir berkata, peningkatan peratusan pra sekolah kementerian yang melepasi standard minimum prasekolah kebangsaan juga meningkat daripada 89.8 peratus pada 2015, kepada 99 peratus pada tahun lalu.

"Pencapaian lain termasuk peningkatan 77 peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan kepada aktiviti yang mendukung keberhasilan murid, berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Sumber: Bharian

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers