Monday, 20 March 2017

Syarat Biasiswa JPA terlalu ketat, KPM akan buat rayuan

KULAI – Kementerian Pendidikan akan menghantar surat rayuan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan semula syarat kelayakan biasiswa untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, P Kamalanathan berkata, beliau berharap JPA dapat menimbang syarat berkenaan supaya membuka peluang lebih luas kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

“Saya sedikit kecewa dengan keperluan syarat yang ditetapkan JPA kerana tidak mudah semua pelajar memperoleh A+ untuk setiap mata pelajaran yang didudukinya.

“Ia juga seolah-olah tidak adil kepada mereka yang mendapat 9A+ dan 1A atau 10A+ dan 1A kerana mereka telah bekerja keras untuk itu tetapi tidak layak untuk program penajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons berhubung laporan sebuah portal yang menyatakan hanya pelajar mendapat A+ bagi semua mata pelajaran sahaja boleh menerima penajaan.

Kamalanathan berkata, makluman ini juga tidak adil kepada pelajar kerana keputusan SPM baru sahaja diumumkan.

“Makluman tentang syarat ini hanya dibuat selepas keputusan SPM diumumkan,” katanya.

Sementara itu, satu majlis meletak batu asas pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Kamalanathan (tiga,kiri) semasa menyempurnakan majlis meletak batu asas bangunan baru SJKT Ladang Kulai Oil Palm.

Tamil (SJKT) Ladang Kulai Oil Palm, telah dilaksanakan oleh beliau, di sini, semalam.

“Pembinaan tersebut dijangka siap pada 2018 membabitkan peruntukan sebanyak RM5.95 juta di atas tanah seluas 1.2 hektar yang mana akan memberi manfaat kepada lebih 166 murid
apabila ia siap kelak.

“Bangunan sekolah ini akan mempunyai enam bilik darjah termasuk bilik-kemudahan lain seperti perpustakaan dan bilik guru,” katanya.

Katanya, kerajaan persekutuan telah agihkan peruntukan RM80.3 juta untuk membina sekolah Tamil di negeri ini sejak 2014.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers