Wednesday, 29 March 2017

Surat Peringatan Larangan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Tidak Menzahirkan Taat Setia


JPA telah mengeluarkan satu surat peringatan kepada semua penjawat awam berkenaan peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegaawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993] iaitu "seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan."

Selaras dengan peraturan ini, pegawai awam adalah dilarang sama sekali untuk berkelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai telah menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Pelakuan tidak menzahirkan taat setia ini meliputi kata-kata, tingkah laku atau perbuatan. Ini termasuklah memberikan ulasan/pandangan menerusi aplikasi media sosial, elektronik, menyertai aktivti yang tidak menggambarkan prinsip prinsip neutrality dan impartiality.

Perbuatan sedemikian merupakan satu salah laku yang seirus kerana ia boleh menggugat keharmonian perkhidmatan awam dan negara.

Jika didapati bersalah pegawai terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib yang boleh membawa hukuman maksimum buang kerja

Muat Turun Surat Peringatan di SINI

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers