Monday, 6 March 2017

Muat Turun e-Book Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Aplikasi Di Sekolah

Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada pendidik serta pihak yang berkepentingan untuk memupuk dan seterusnya membudayakan KBAT dalam kalangan murid di setiap peringkat persekolahan.

Sekaligus menjadi landasan kepada pendidik dan pihak berkepentingan untuk membangunkan bahan sokongan kurikulum secara terancang dan berkesan.

Usaha ini selari dengan pelaksanaan inisiatif KBAT seperti yang terkandung dalam Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Secara keseluruhannya, buku ini menjelaskan keperluan menyediakan tenaga mahir yang kreatif dan inovatif agar dapat bersaing di peringkat global melalui pemupukan dan pembudayaan KBAT di sekolah.

Para pendidik dapat melihat bagaimana tahap pemikiran murid dipetakan berdasarkan tahap operasi kognitif mereka. Perkembangan minda muridndibantu oleh aktiviti yang terancang seperti penerokaan, penyelidikan serta aktiviti berasaskan projek. Pengalaman ini akan memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan npotensi dan apresiasi diri.

Muat Turun e-Book Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Aplikasi Di Sekolah

Muat Turun e-Book Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Aplikasi Di Sekolah

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers