Thursday, 2 March 2017

Keputusan kes ibu tampar cikgu ditangguh

Tags

NIBONG TEBAL - Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini menanggguhkan kepada 8 Mac ini keputusan kes seorang ibu yang menampar guru wanita di sekolah.

Majistret Shamsol Azwa Martadza menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.

Pada 16 Februari 2015, Tan Siow Yen, 34, didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan seorang guru perempuan dengan menampar pipi kiri guru itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang, Sungai Bakap di sini pada jam 5.15 petang, 2 Februari 2015.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Guru tersebut, Vanitha L. yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah berkenaan telah ditukarkan sekolah lain sekitar daerah di sini.

Sepanjang prosiding kes itu, seramai lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pihak pembelaan memanggil dua saksi termasuk tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

- Bernama
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers