Wednesday, 1 March 2017

Kasut ‘Nike’ Cikgu Beri Semangat Kepada Kami

SEKEPING gambar memaparkan segala-galanya…

Tindakan seorang guru yang cuba menaikkan semula semangat anak muridnya dalam sebuah acara pertandingan bola baling di peringkat daerah Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini layak diberikan pujian.

Menurut guru berkenaan yang juga merupakan jurulatih pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan Telipok, Iroet Marteni, 36, pasukannya ketika itu berdepan dengan pasukan hebat dari SK Seri Insan bagi merebut tempat juara kategori kumpulan.

Bagaimanapun, anak-anak muridnya pada ketika itu merasa agak gementar setelah melihat kelengkapan dan kasut sukan pasukan lawan yang agak berjenama.

“Sebelum perlawanan anak murid saya rasa down sangat sebab terlihat pihak lawan yang mempunyai kasut yang agak branded.

“Kira level of confidence diorang terus menurun, jadi saya pinjam whiteboard marker pen urus setia then saya tulis logo NIKE kat tiap-tiap kasut mereka.

“Saya katakan pada mereka, anggap diri kamu ibarat singa-singa yang lapar dan buktikan kepada cikgu anak kampung juga boleh tewaskan murid bandar,” kata Ieoet kepada Mynewshub.

Kasut 'Nike' Cikgu Beri Semangat Kepada Kami

Biarpun tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, tindakannya itu ternyata membakar semangat pasukan sekolahnya sehingga membuatkan mereka kembali semangat bermain.

Difahamkan, mereka bukan sahaja beraksi dengan baik, malah berjaya menewaskan pasukan dari Sekolah Kebangsaan Seri Insan dengan mata 4-0, sekali gus melayakkan mereka memasuki peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, pasukan sekolahnya itu terkandas ke pusingan seterusnya disebabkan perbezaan jumlah jaringan mata diantara sekolah-sekolah lain.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada adik-adik ini dan kepada guru-guru di luar sana, anda rasanya boleh mencontohi idea kreatif dari guru ini sebagai pembakar semangat murid-murid anda. Hehe..

Sumber– MYNEWSHUB.CC

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers